Perbadanan
Menteri Besar Kelantan (PMBK) telah mengikuti delegasi Kelantan ke
Acheh pada 28- 29 Disember 2008, untuk melihat peluang- peluang yang
dapat diceburi terutamanya dalam bidang pertanian dan bioteknologi.
|
| |
| PMBK
yang diwakili oleh Ahmad Jafny Jusoh, selaku Penolong Pengurus Sumber
Manusia PMBK, Mohd Ali Akbar, (Penolong Pegawai Komunikasi Korporat)
serta dari anak syarikat PMBK, (Kelantan Biotech Corporation) yang
mewakilkan pengurusnya, Zamakshari Mohamad, telah melihat peluang besar
dalam bidang pertanian sawit dan bioteknologi di Acheh. Ia merupakan
satu percubaan bagi Kelantan untuk meyempurnakan jaringan dagang di
negara itu. |
| |
| Bagi
merealisasikan pengekonomian dalam bidang pertanian untuk kedua buah
negara ini, tindakan susulan bagi delegasi Kelantan ke Acheh buat kali
ketiga akan diteruskan pula, bagi membuat jaringan perdagangan terus
melalui bidang pertanian. |
| |
| Selain
dari PMBK, delegasi Kelantan juga terdiri dari wakil kerajaan negeri
Kelantan serta komuniti usahawan negeri Kelantan, yang telah berjaya
merasmikan pejabat (yang disewa) sebagai pusat jualan dagangan produk
Kelantan. |
| |
| Program-
program kebajikan yang disepakati bersama oleh anggota IMT-GT
(Indonesia-Malaysia (Kelantan) –Thailand Growth Triangle, khususnya
dalam usaha mengembangkan kerjasama perniagaan untuk kebangkitan
ekonomi tiga buah negara iaitu Malaysia-Acheh-Thailand melalui
petukaran pandangan dan maklumat dapat direalisasikan bagi membentuk
peluang perniagaan di Acheh, tercapai. |
| |
| Selaras
dengan matlamat kerajaan negeri Kelantan, untuk membuka saluran
perdagangan Kelantan di seluruh rangkaian dunia bagi memperkenalkan
produk halal hasil keluaran rakyat negeri Kelantan dapat diperkenalkan
dengan lebih meluas. |
| |
| Wakil
kerajaan negeri Kelantan, YB Zulkifli Mamat, telah mengambil inisiatif
dengan melihat permulaan saluran perdagangan Kelantan bagi merasmikan
kantor jaringan dagang IMT-GT atau pejabat (yang disewa) RM7,000
setahun itu, dapat memberi faedah dan keuntungan bagi rakyat Kelantan
yang mahu meluaskan pasaran produk di negara itu. Ia merupakan langkah
permulaan negeri Kelantan (Malaysia) yang melangkah setapak dengan
memperlihatkan hasil bumi Kelantan bagi penerimaan masyarakat Acheh. |
| |
| Selain
melawati sektor perladangan dan melihat kaedah perikanan di negara
Acheh, delegasi dari Kelantan ini juga melihat peluang perniagaan lain
yang melibatkan perikanan, penternakan dan pertanian bagi mengembangkan
lagi perniagaan disini. Sebagai contohnya, seperti pembukaan kilang air
batu dan kilang memproses produk berasaskan ikan dapat dicapai
matlamatnya dengan mudah. Ini kerana sumber perikanan disini
kuantitinya dapat diperolehi dengan banyak. Maka secara automatiknya ia
menjadi terlalu murah bagi mendapatkan setiap ekor ikan untuk jualan
pemprosesan kilang. |
| |
| Wakil
Gabenor Nanggroe Acheh yang memberi sedikit ucapan pada sambutan
perasmian kantor jaringan dagang IMT-GT, mengucapkan terima kasih
diatas apresiasi kedatangan delegasi dari Kelantan dalam rangka
menyemarakkan perasmian kantor jaringan dagang IMT-GT. Disamping itu,
beliau mengharapkan agar seluruh anggota IMT-GT dapat memberikan
peranan penting dalam rangka membangunkan Acheh dan rakyatnya agar
dapat memasuki gerbang kesejahteraan dan keadilan. Ini disebabkan Acheh
ingin keluar dari konflik tsunami sekaligus harus dibangunkan secara
bersama oleh pelbagai komuniti antarabangsa. |
| |
| Berikutan
dengan itu, melalui aktiviti investasi dan bisnes diantara tiga negara
anggota IMT-GT itu sekaligus, dapat dijadikan titik tolak kebangkitan
kembali perekonomian negara Acheh serta meluaskan ekonomi negara yang
terlibat. |
| |