LAMAN UTAMA  INFO PMBK  AKTIVITI  HUBUNGI KAMI  GALERI  ANAK SYARIKAT  PAUTAN  MUAT TURUN  QIADAH  WEBMAIL Bahasa : Bahasa Malaysia English

Laman Web PMBK sedang dikemaskini                     

Oops!

It looks like you don't have flash player 6 installed. Click here to go to Macromedia download page.

  > Home > Perbadanan Menteri Besar Kelantan > Berita > PEMBANGUNAN TERMINAL MINYAK DI PANTAI SENOK, KUALA KEMASIN.
PEMBANGUNAN TERMINAL MINYAK DI PANTAI SENOK, KUALA KEMASIN.

Kemajuan Negeri Kelantan akan melangkah setapak lagi apabila bermulanya pembangunan dan operasi terminal penyimpanan minyak bebas (Independent Oil Terminal – IOT) di Mukim Senok, Daerah Tawang, Jajahan Bachok. Projek pembangunan IOT ini akan dibangunkan di atas tapak seluas 230 ekar dengan anggaran kos sebanyak RM300 juta.
 
Perbadanan Menteri Besar Kelantan (‘PMBK’) telah dilantik oleh Kerajaan Negeri sebagai penyelaras bagi mempercepatkan proses pembangunan IOT manakala pembangunan infrastruktur akan dibangunkan oleh Sukimi (M) Sdn Bhd, yang berpengalaman luas dalam menjalankan aktiviti pembekalan bahan bakar dan petroleum secara pukal kepada agensi kerajaan dan syarikat kerajaan (GLC).
 
YABrs Ir Abdul Ariffahmi Ab Rahman selaku Ketua Pegawai Operasi PMBK berkata, kerja-kerja awal bagi pembangunan IOT fasa pertama dengan anggaran kos sebanyak RM50 juta telah pun bermula dengan kerja-kerja mengukur yang giat dijalankan di lokasi Kampung Kemayang, Kuala Kemasin oleh Jurukur Ramadan iaitu jurukur yang telah dilantik oleh PMBK. Jurukur Ramadan bertanggungjawab untuk membuat kerja-kerja ukur sempadan bagi mengenalpasti tapak cadangan sebelum proses permohonan pengambilan balik tanah dapat dibuat kepada Pejabat Tanah Bachok.
 
Projek IOT ini adalah merupakan projek pertama di Negeri Kelantan yang akan memberi kemudahan dan penjimatan kepada syarikat-syarikat minyak seperti Shell, Exxonmobil, Petronas dan Chevron dari segi tenaga kerja dan masa serta kos penghantaran daripada loji penapisan di Kerteh Terengganu. Projek ini juga akan mempercepatkan bekalan minyak ke stesen-stesen minyak dan kegunaan industri di Negeri Kelantan. Secara tidak langsung, pembangunan ini juga diharapkan dapat membantu memajukan kawasan setempat sebagai kawasan industri dan mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada seluruh rakyat Kelantan.

 
 
123 Reads    Cetak    Hantar Kepada Kawan


CARIAN
Ikut Kategori
KATEGORI
Perbadanan Menteri Besar Kelantan
Jabatan Perladangan
Jabatan Hartanah
Jabatan Pembangunan Perniagaan
PMBK Sawit Sdn Bhd
Kifaalah Sdn Bhd
Darul Digital Multimedia Solution Sdn Bhd
Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd
Tunjong Development Corporation Sdn Bhd
Kelantan Golden Trade Sdn Bhd
Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn Bhd
Air Kelantan Sdn Bhd
Sisipan
Berita
QIADAH TERBARU
Majalah Qiadah
 MUAT TURUN PERCUMA
TERBARU

PAUTAN
Portal Rasmi Kerajaan MalaysiaPortal Rasmi Kerajaan Negeri Kelantan
Portal MAMPUPortal Rasmi MSC

STATISTIK PELAWAT

Atas Talian : 10
Hari Ini : 74
Keseluruhan : 212035
Sejak 19/03/2008


Dibangunkan Oleh : Unit IT PMBK / Hakcipta Terpelihara 2010 Perbadanan Menteri Besar Kelantan