SULTAN KELANTAN PULANG ESOKKOTA BHARU, 3 Mac: Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum
Sultan Yahya Petra dijangka berangkat pulang esok setelah mendapat
rawatan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura sejak Mei lalu.
Anakandanya, Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra
mengesahkan perkara itu pada sidang media yang diadakan di Kubang
Kerian semalam.
“Ayahanda Tuanku Al-Sultan telah kembali pulih dan hanya memerlukan rawatan fisioterapi susulan.
Baca Lagi... 'FLAG OFF' LTdL: ADUN ANGGAP AWANG ADEK BIADAP
KOTA BHARU, 2 Mac: Perkataan biadab disebut beberapa Ahli Dewan
Undangan Negeri (Adun) apabila isu Datuk Dr Awang Adek Hussin
‘merampas’ tempat Menteri Besar melakukan upacara pelepasan pelumba Le
Tour de Langkawi (LTdL) dibangkit pada persidangan Dun hari ini.
Hassan Mahmood (PAS-Tawang) mahu perkataan biadab digunakan bagi
menggambarkan situasi sebenar yang berlaku semalam kerana ada cubaan
memalukan seorang ketua kerajaan.
Baca Lagi... SABOTAJ ELAK MB LEPASKAN PELUMBA LTdL
KOTA BHARU, 1 Mac: “Kami telah berbincang dan bersetuju memberi
penghormatan kepada Menteri Besar bagi melepaskan pelumba basikal Le
Tour de Langkawi (LTdL) seperti tahun-tahun lepas. Namun malangnya ada
sabotaj di saat-saat akhir apabila Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr
Awang Adek Hussin pula diminta penganjur melepaskan peserta, sedangkan
Menteri Besar ada pada majlis berkenaan,” kata anggota Exco, Abdul
Fattah Mahmood
Baca Lagi... DUN KELANTAN SETUJU ISU ROYALTI KE MAHKAMAHKOTA BHARU, 1 Mac: Usul agar Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan
bagi pihak Negeri Kelantan memikirkan tindakan-tindakan yang sesuai
termasuklah tindakan mahkamah bagi memastikan Akta Pembangunan
Petroleum 1974 dipatuhi disokong sebulat suara termasuk oleh pihak
pembangkang Dun Kelantan.
Usul itu yang dikemukakan oleh Adun Air Lanas, Abdullah Yaakub dibahas dan diluluskan sebulat suara.
Adun BN, Aziz Derasid (BN-Kuala Balah) antara yang bangkit dan berkata
"sokong" ketika speaker minta ahli-ahli dewan lain memberi sokongan
terhadap usul itu.
Baca Lagi...